Antara Halusinasi Dan Lalok..
- February 4th, 2010
- By admin
- Write comment
Suka2 je sy letak tajuk utk entri ni (he3).. tak tau nak letak apa. Tp saya rasa itu yg paling sesuai utk kes seorang remaja menikam bapa dan abang kandungnya. Dua kejadian yg serupa berlaku dlm jangka masa 2 bln. Satu di Bahau N9, di mana 4 sekeluarga di bunuh dan terbaru semalam 2 sekeluarga yg lain pula di bunuh di Kg. Duyung, Trg.
Kedua2 kes ini hampir sama kerana mangsa di bunuh oleh salah seorang ahli keluarga sendiri dan slps kejadian pelaku mengatakan dia di datangi kuasa halus yg membisikkan sesuatu agar mereka melakukan perbuatan tersebut.
Mungkin ader kebenarannya. Krn seorang anak tidak akan tergamak utk menikam bapa sampai mati dan abangnya sehingga koma. Ttp hanya dia shj yg tau apa yg dia dgr dr bisikan tersebut. Kita hanya mampu berserah krn Allah sahaja yang Maha Mengetahui setiap apa yg berlaku.
Ttp kita tidak menolak mungkin jgk remaja tersebut lalok krn bertindak di bawah pengaruh dadah. Jika di lihat pada hari ini, remaja boleh bertindak ganas sekiranya keinginannya tidak di penuhi. Jadi saya bkn menuduh pelaku tersebut, tetapi sy menjangkakan kemungkinan tersebut pasti wujud memandangkan remaja mudah terjebak dlm kegiatan penagihan dadah.
Dengan melibatkan sesuatu yg ghaib cuba mempengaruhinya pasti akan menjadikan kedua2 kes ini amat rumit di selesaikan. Samada ini adalah helah atau benar2 berlaku kita tidak dpt pastikan. Yang pasti masyarakat dan mahkamah tidak akan mudah terpengaruh dgn keadaan ini. Siasatan terperinci harus di buat utk memastikan pelaku melakukan perbuatan tersebut di dalam keadaan sedar atau tidak.
Apapun yg dikatakan oleh pelaku di dalam kedua2 kes tersebut tidak akan memberikan apa-apa selagi siasatan belum siap. Dan mari la kita sama2 berdoa dan melakukan solat hajat sekiranya benar dakwaan ada kuasa jahat yg cuba merasuk umat islam utk bertindak melakukan perbuatan yg di luar kewarasan normal. Dan sekiranya dakwaan mereka tidak benar, permudahkan lah tugas polis utk menjalankan siasatan agar pelaku di hukum dgn hukuman yg paling berat.





