Masjid Kristal merupakan satu lagi lambang keagungan binaan Islam di Terengganu. Dengan senibinanya yg canggih dan unik menjadikan masjid ini di kunjungi oleh ramai org dari seluruh pelusuk negeri. Juga di jadikan sbg tempat ibadat dan tumpuan pelancongan.

Sepertimana yg di ketahui,  fungsi sesebuah masjid adalah sebagai tempat ibadat dan ilmiah. Tetapi apa yg dpt di lihat hari ini sudah berbeza. Masjid Kristal di lihat lebih menjurus kepada sebuah pusat pelancongan. Sepatutnya pihak pengurusan Taman Tamadun Islam Terengganu (TTI) menjaga kesucian masjid daripada di kunjungi oleh  pelancong2 asing yg bukan beragama islam.

Walaupun pihak pengurusan TTI menyediakan jubah dan tudung bagi pelancong2 menutup aurat, ttp tidak wajar langsung sekiranya pihak TTI menyediakannya hanya sebagai syarat untuk memasuki masjid tersebut. Islam telah meletakkan garis panduan ttg pemakaian yg mana wajib menutup aurat sekiranya ingin masuk ke rumah Allah dan pelancong2 yg ingin mengunjunginya sudah sedia maklum bahawa di dalam Islam aurat itu wajib. Jadi mereka harus berpakaian sopan dan tidak mendedahkan aurat.

Yang paling mengecewakan apabila tempatbersolat di dalam masjid kristal hanya ada beberapa saf sahaja. Ruang selebihnya di dalam masjid tersebut di jadikan tempat untuk pelancong2 mengambil gambar dan lalu-lalang. Masjid bukan muzium yg boleh di buat sesuka hati. Pihak TTI harus menjaga kesucian masjid kerana di dalam terdapat banyak kitab-kitab suci dan Al-Quran.

Sepatutnya kawasan dalam masjid tidak wajar di jadikan tempat untuk pelancong2 asing yg bukan beragama islam masuk untuk mengambil gambar dan bebas bergerak di dalamnya. Cukup lah hanya sekadar di luar sahaja sesuai di jadikan tempat mereka bergambar untuk di jadikan kenangan.

Di harap pihak pengurusan TTI Terengganu memandang serius tentang perkara ini. Jangan cemarkan kesucian masjid. Masjid adalah rumah Allah yang di jadikan sebagai tempat ibadat dan menuntut ilmu. Bukan untuk di jadikan sebagai tempat pelancongan.

Wassalam…

  • Share/Bookmark