Dunia Semakin Tenat
- March 14th, 2010
- Posted in Islam
- By admin
- Write comment
Sedih bila di lihat berlakunya gempa bumi, tanah runtuh, banjir besar, puting beliung dan berbagai2 bencana lg di seluruh dunia.
Sedar atau tidak kita bahawa dunia hari ini sudah tua dan tidak mampu menampung segala mcm dosa dan maksiat yg di lakukan oleh seluruh masyarakat dunia. Ramai mengatakan bencana ini berlaku krn faktor alam. Tp tak ramai org mengatakan ini adalah balasan yg Allah s.w.t tlh turunkan kpd umat yg ingkar dgn segala suruhan-Nya.
Negara kita alhamdulillah setakat ini tiada kejadian gempa bumi dan tanah runtuh spt negara2 luar yg mengorbankan beribu2 nyawa. Cuma kita skrg sedang di landa cuaca panas yg amat kritikal.
Alim ulama’ menyatakan malapetaka dan bencana yg berlaku hari ini adalah bala yg Allah s.w.t turunkan utk umat manusia yg lalai dlm mengikut segala suruhan-Nya. Umat islam skrg terlalu terdedah dgn cara hidup dan budaya barat yg terang2 boleh menyesatkan.
Budaya yg menghalalkan apa yg islam telah haramkan. Kita dpt lihat hari ini pergaulan antara lelaki dan perempuan yg tiada had dan batasannya. Kita di sajikan dgn cerita dan berita ttg kelahiran anak2 luar nikah. Boleh di katakan setiap hari ada saja pembunuhan dan pembuangan bayi. Sedih bila mendengar cerita2 sebegini.
Di samping itu, Maksiat dan judi berlaku di merata2 tempat. Begitu juga dgn rasuah dan riba yg mana sudah menjadi perkara biasa pada hari ini. Menjadi lumrah kehidupan manusia yg tdk pernah cukup dengan apa yg ada. Masyarakat hari ini tdk lg dpt menilai mana yg halal dan mana yg haram.
Akhirnya, Kita harus sedar bahawa hidup kita di dunia hanya lah sementara. Cari lah bekal yg secukupnya di dunia ini utk di bawa selepas kita mati. Mari lah dirikan tiang2 keimanan dan panjatkan doa kpd Allah s.w.t. agar pulihkan dunia daripada segala malapetaka dan bencana.
wassalam..






Minta diri ditetapkan iman.. amin.