Antara Perjuangan Dan Wang
- July 19th, 2010
- By admin
- Write comment
Untuk entri kali ini saya rasa suka untuk memperkatakan tentang suasana politik di negara kita. Suasana yang kadang-kadang hangat dan kadang-kadang dingin. Hangat bila timbul satu isu yang panas tidak kira la samada dari pihak parti kerajaan atau pembangkang. Bila bercakap tentang politik, kedai kopi, wakaf menjadi tempat perbincangan. Sesuatu pada saya cukup2 membuang masa. Kadang2 ada yang bergaduh. Yang paling sedih, bila kita tengok ada mereka2 yang menjadikan surau tempat untuk bercakap tentang politik. Mengata dan mencaci orang lain di rumah ibadat. Sepatutnya surau atau masjid tempat kita menunjukkan perpaduan sesama kita dan lupakan tentang politik.
Suasana politik hari ini cukup kucar kacir. Orang-orang bawahan berperang sesama sendiri. Menghina, mencaci dan bermasam muka. Tetapi mereka tidak melihat bagaimana pemimpin2 mereka dapat duduk semeja sambil2 minum petang atau makan malam bersama. Mereka boleh melupakan sejenak untuk tidak bercakap atau berbincang tentang parti masing2.
Kita harus sedar bahawa, politik hari ini menunjukkan yang berkuasa dapat melakukan apa saja. Janji wang ada semua benda boleh di lakukan. Tapi bagi yang tidak berkuasa hanya perjuangan yang menjadi tunjang kekuatan parti.
Wajarkah perjuangan parti sekarang harus berlandaskan wang semata2? Pada saya tidak. Bagaimana pandangan anda semua?
Kita dapat lihat hari ini, tidak semua pemimpin2 tidak kira dari peringkat parlimen, dun atau kampung yang berkhidmat dengan ikhlas hati kepada masyarakat. Mereka berkhidmat semata2 kerana wang. Bila dah pemimpin menjadikan wang sebagai ganjaran di atas segala penat lelahnya, maka pengikut2 pun pasti akan melakukan perkara yang sama. Mereka tidak akan berkhidmat untuk parti dan masyarakat seperti yang di tuntut oleh pemimpin2 besar kita demi memenuhi perjuangan parti yang sebenar. Bila ini berlaku, pemimpin2 negara yang akan di persalahkan kerana tidak dapat menjaga kebajikan rakyat.
Kadang2 kita sedih, bila ada aktiviti gotong royong bersih tanah perkuburan pun masih ada yang mengambil peluang untuk mengaut keuntungan. Padahal itu amal jariah yang perlu kita cari untuk di jadikan bekalan untuk dibawa bila kita mati nanti. Sepatutnya pemimpin harus memberi satu contoh yang bagus kepada masyarakat dengan memberi sumbangan untuk kerja2 amal sebegini. Ini tidak, bila masa gotong-royong muka pemimpin pun tidak nampak. Pelbagai alasan di beri. Tapi bila di panggil untuk merasmikan sesuatu majlis semua aktiviti lain di batalkan.
Saya meluahkan rasa tidak puas hati ini daripada penglihatan dan pengamatan saya selama ini. Bila tiba masa pilihanraya. Jika tiada peruntukkan wang, bendera dan poster tidak akan kelihatan. Tiada makan minum dan sebagainya. Markas pilihanraya pun kosong. Kalau ada wang sebaliknya pulak akan terjadi.
Mana perjuangan parti yang sebenarnya.. Bila ada wang sampai tak cukup kedai kopi nak bercakap tentang kebaikan parti. Tapi bila wang tak dapat kita cerca dan sumpah seranah parti yang kita perjuangkan selama ini.
Saya rasa kalau nak lihat mereka2 yang memperjuangkan parti sampai kering duit dalam poket sendiri saya rasa susah nak jumpa. Ini lah senario politik hari ini. Ada wang martabat perjuangan parti akan di angkat setinggi2nya. Tapi kalau nak perjuangkan maruah parti semata2 semangat saya rasa hancur la mana2 parti di arena politik negara ini.
wassalam..





