Sejak kebelakangan ini kita di kejutkan dgn berita kematian beberapa org artis atau selebriti tanahair kita. Kematian mereka tanpa tanda2 atau isyarat langsung.

Kita di kejutkan dgn kematian Allahyarhamah Yani Mentor yang mengidap barah dan juga Allahyarham Din Beramboi. Kedua2nya terlantar di hospital hanya beberapa hari dan terus di jemput mengadap Ilahi. Dan yg terbaru ialah berita kematian Achik Spin yg terlibat dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) lebih kurang jam 6 petang 17hb April yg lalu selepas menjalani satu program hiburan, Gah 1di RTM bersama Nana.

Di ketika mereka sedang sihat walafiat sepertimana yg dpt kita lihat di dalam beberapa program di kaca televisyen. Seperti Allahyarham Din Beramboi yg baru sahaja habis mengadili satu program di Astro Prima iaitu program Raja Lawak 4.

Masih terbayang lagi lawak2 gila dan spontan beliau bersama Afdlin Shauki dan Bob Lokman. Ramai rakan2 seni dan peminatnya merasa sedih di atas kehilangannya di dalam dunia seni tanahair. Kehilangan yg besar di saat nama beliau sedang meningkat popular.

Begitu juga dgn Achik Spin. Walaupun popularitinya tdk sehebat dulu lg, tetapi lagu-lagunya  bersama dgn Nana sentiasa menjadi kegilaan remaja2 di luar sana. Achik pergi meninggal seorang isteri beserta seorang anak perempuan. Pemergiannya ke Rahmatullah  amat mengejutkan ramai pihak terutamanya rakan2 artis dan peminatnya. Kemalangan yg menimpa dirinya amat ngeri krn dia tercampak keluar sebelum kenderaan yg di naikinya terbakar dan meletup.

Saya ingin merakamkan salam takziah kepada keluarga mereka. Mari lah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah untuk mereka dan kita doakan semoga roh mereka di cucuri rahmat daripada Allah s.w.t dan ditempatkan di sisi org2 yg beriman.

Amin.

  • Share/Bookmark