Archive for the ‘Diari’ Category

Erti Hidup Seorang Penagih Dadah

Bila kita berbicara tentang matlamat hidup seorang penagih dadah atau lebih senang kita panggil ‘Mat Gian’ memang kita tidak mendapat jawapannya. Sebab segala persoalan mengenai kehidupan gelap mereka dalam dunia penagihan dadah hanya mereka sahaja yang dapat memberi jawapan.

Pada mereka kehidupan yang mereka lalui sekarang semuanya mudah. Lebih2 lagi apabila mereka ada duit. Seolah2 dunia ini hanya milik mereka seorang. Hidup sentiasa di awan-awangan.

Tidakkah mereka takut kepada mati?

Jika mendekati mereka kita akan tahu apa perasaan penagih najis dadah ini apabila ramai rakan mereka mati kerana mengikut jalan yang salah. Mereka sebenarnya takut kepada mati. Hampir setiap hari mereka mendengar dan melihat samada di akhbar atau televisyen berapa ramai penagih dadah maut kerana menghidap penyakit HIV/AIDS. Ada juga yang kehilangan rakan2 penagih mereka kerana penyakit yang sama. Tapi apa yang boleh mereka lakukan? Mereka tetap juga menjadi penagih dadah. Berkongsi jarum sesama sendiri. Kerana kuatnya ‘hantu dadah’  yang menguasai mereka membuatkan mereka tidak kuat untuk melawan daripada menjadi hamba najis dadah.

Mereka ibarat sampah di sisi masyarakat. Bagi mereka walau apa pun yang mereka lakukan samada baik atau jahat, mereka tetap di hukum oleh masyarakat. Di sisih dan di hina hampir setiap hari. Mereka sanggup mencuri, meragut, mengugut semata2 untuk mendapatkan duit bagi membolehkan mereka membeli bekalan najis dadah.

Penjara, lokap dan pusat serenti ibarat rumah ke dua mereka. Kadang2 ada yang keluar pusat serenti tak sampai sebulan di tangkap balik oleh pihak polis kerana menagih dadah dan di sumbat balik ke sana. Mereka tidak pernah ada perasaan serik.

Kadang2 bila kita lihat mereka2 ini, tertanya juga di hati ini adakah mereka tidak pernah ada perasaan untuk berhenti dari menagih najis dadah? Hidup mereka seolah2 tiada makna lagi. Hanya menunggu mati sahaja. Kesian anak isteri yang mempunyai suami yang menjadi penagih dadah. Hidup tidak terurus seperti orang lain. Keperluan makan minum, pakaian tidak pernah di ambil tahu.

Anak2 terbiar tanpa di berikan sebarang pendidikan kerana tidak mampu dari segi kewangan. Sebab bapa mereka lebih sibuk untuk memenuhi tuntutan dirinya terlebih dahulu daripada keluarga. Isteri dan anak2 menjadi mangsa. Barangan berharga di dalam rumah habis di jual. Sampaikan tong gas pun di jual. Janji mereka dapat apa yang mereka ingini.

Saya pernah juga mendekati seorang penagih dadah yang sememangnya tegar. Di badannya sudah tiada tempat untuk di suntikkan jarum. Dia menyatakan niatnya untuk berhenti daripada menjadi hamba kepada najis dadah. Dia pernah berhenti sekejap suatu ketika dahulu. Tapi tidak bertahan lama kerana sentiasa di datangi pelbagai bayangan yang menakutkan membuatkan dia mengulangi perbuatannya. Akibatnya dia tidak mampu untuk bangun berjalan kerana tulang-tulangnya sudah tidak kuat.

Setelah di amati daripada cerita ini, dapat dibuat kesimpulan bahawa setiap penagih dadah tidak akan dapat meninggalkan najis dadah kerana iman mereka sudah tidak kuat. Mereka tiada kekuatan iman kerana mereka sudah jauh daripada melakukan segala suruhan Allah s.w.t. Maka mereka tetap akan terjerumus ke lembah hitam ini hingga ke akhir hayat mereka. Betapa derita dan merananya kehidupan seorang penagih dadah dek kerana pada mulanya mengikut nafsu ingin mencuba akhirnya membawa padah kepada diri sendiri.

Jika dapat kita fikir dan renungkan apakah seorang perokok tegar yang sampai ke hari ini tidak dapat meninggalkan tabiat buruk mereka sama seperti apa yang di alami oleh seorang penagih dadah? Pada pendapat saya, mereka tetap sama. Bezanya merokok tidak melanggar undang-undang kerana ianya tidak mengundang perbuatan bahaya dan menganggu kepada ketenteraman masyarakat. Dan tabiat merokok boleh di buang asalkan seorang perokok itu mempunyai azam dan kesungguhan untuk meninggalkan tabiat buruk tersebut.

SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN…..

  • Share/Bookmark

Terima Kasih Facebook

Untuk entri kali sy ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih kpd facebook sbg laman sosial yg telah menyediakan satu saluran perhubungan secara online yg terbaik ketika ini. Kerana facebook sy telah dpt berhubung kembali dengan kawan2 sekolah yg telah terputus hubungan selepas kami tamat saja bersekolah pada tahun 1996.

Mula2 sy dpt berhubung dgn seorang kawan yg skrg bekerja di Sabah. Dan selepas itu sorang demi sorang sy dpt berhubung dan saling bertanyakan khabar. Alhamdulillah, setakat ini dah ramai sy dpt kumpul kwn2 masa sekolah dulu. Semua dah kawin dan anak pun dah besar2.

Tanpa FB mungkin kami tidak akan berjumpa lg. Kalu jumpa pun rasanya bila terserempak kat mana2.  Kadang-kadang kalau terserempak pun mungkin perasaan malu nak tegur pun ada. Maklum la semua dah berkeluarga. Di FB kita takkan ader rasa malu utk tegur. Dan di sini jgk kita dpt bertegur sapa sambil2 bertanya khabar.

Harapan sy agar lebih ramai kawan2 lama sy dpt cari di dalam FB. Walaupun masih ramai kwn2 sy luar sana yg mungkin tidak berpeluang utk menggunakan internet krn tidak mampu. Akan tetapi sy mengharapkan kawan2 yg ada di dalam FB ini utk menyebarkan khabar berita ttg mereka kpd sy dan rakan2 yg lain.

wassalam

  • Share/Bookmark

Aku di Kota Bharu

Alhamdulillah.. sy baru je sampai di bandar kota bharu dari kuala terengganu. Letihnya badan memandu hampir 6 jam. Lama betul perjalanan. Kalau perjalanan betul 3 jam je. Hari ni jalan sesak sgt2. Maklum la baru start cuti sekolah. Berduyun2 la para cikgu2 blk bercuti ke kampung.

Sy plk terpaksa jemput isteri kat kelantan ni sbb dia kursus. Cuti je sekolah tak sempat nak bercuti ke mana2 sbb dia terus kena hantar kursus. Kadang2 bosan jgk bila isteri penjawat awam ni. Asyik kursus tak habis2. Tp apa boleh buat. Dah itu tugas dia. Mcm sy takpe la keje sendiri.

Sampai di KB badan terasa letih dan perut plk lapar. Lalu sy mkn dulu. Lps mkn mata terasa mengantuk. Call isteri sy tak dpt2. Ader program agaknya. Ingat nak check in kat hotel murah je. Sambil pusing2 bandar K.B tetiba je telepon berbunyi, isteri sy call bgtau bilik hotel dia kosong. Alangkah leganya. Bila mengantuk ader org sorongkan bantal. Apa lagi sy tak lps peluang la. Boleh bulan madu kali kedua  (he3) kat hotel free. 5 bintang plk tu. mmg berbaloi (ha3).

Pada mulanya mmg best. Ingatkan panas hingga ke petang, tp rupa2nya hujan di tengahari. Lps mandi sy rehat kejap. Sy tgk jam dah pukul 1.30 pagi.  Mata blm ngantuk lg. Sambil2 layan movie kat bilik hotel tiba2 elektrik plk terputus. Potong line btul.  Terus saya tepon operator. Tp takder respon. Sakit hati betul. Malas nak ambik tau psl apa letrik terputus, sy pun cuba lelapkan mata. Tp sy tak dpt tido sbb panas. Terus sy bukak tingkap ambik angin luar je. Baru la rasa sejuk sikit.

Tunggu punya tunggu dah pukul 5.30 pg,  letrik takde jgk. Setelah solat subuh sy pun cuba melelapkan mata. Sedar je dari tido pukul 9 pagi letrik masih takde lg. Setelah isteri sy abis kursus sy pun check out dan terus blk ke Trg. Malas nak tunggu2 lagi. Hati kalau dah sakit nak shopping pun dah takde mood.

Cuma yg paling sy kesal adalah khidmat pelanggan hotel tersebut kurang memuaskan. Sepatutnya mereka memaklumkan kpd pelanggan2 hotel tentang kesulitan bekalan elektrik yg berlaku. Dan sy berharap lain kali sy tidak akan menginap lg di hotel seperti ini.

wassalam..

  • Share/Bookmark
Return top