Archive for the ‘Berita semasa’ Category

Manusia Berhati Syaitan

Sedih bila tgk berita utama di dada akhbar pagi td bila seorg bayi lelaki yg baru di lahirkan tlh di bakar di dalam tong sampah. walaupun kita tidak tahu samada bayi tersebut di bakar hidup2 atau sdh meninggal dunia, ttp manusia yg melakukan perbuatan kejam tersebut mmg syaitan yg bertopengkan manusia.

Tak dpt kita bayangkan betapa seksanya bayi tersebut bila di bakar sebegitu rupa. Tidakkah manusia yg melakukan perbuatan ini mempunyai sekelumit perasaan kesian dan kasih kpd bayi yg baru lahir ke dunia ini. Mengapa di perlakukan sebegitu rupa? Bayi tersebut tidak membuat apa2 dosa kpd kita. Mereka ibarat kain kapas. Putih dan bersih daripada segala dosa.

Di sebabkan tidak mempunyai iman yg kukuh, mengalakkan segelintir di kalangan kita melakukan maksiat dan zina. Maka lahir lah seorang insan yg tidak berdosa hasil drpd perbuatan haram “manusia syaitan” yg tau mencari kenikmatan dunia shj. Akibatnya bila insan yg tidak di undang oleh “manusia syaitan” ini lahir ke dunia mereka bunuh dgn kejam.

Sy berharap dan menggesa pihak berkuasa mengambil serius kes ini dan heret penjenayah ini ke muka pengadilan dan di beri hukuman yg paling berat agar menjadi iktibar dan pengajaran kpd kita semua.

  • Share/Bookmark

Antara Halusinasi Dan Lalok..

Suka2 je sy letak tajuk utk entri ni (he3).. tak tau nak letak apa. Tp saya rasa itu yg paling sesuai utk kes seorang remaja menikam bapa dan abang kandungnya. Dua kejadian yg serupa berlaku dlm jangka masa 2 bln. Satu di Bahau N9, di mana 4 sekeluarga di bunuh  dan terbaru semalam 2 sekeluarga yg lain pula di bunuh di Kg. Duyung, Trg.

Kedua2 kes ini hampir sama kerana mangsa di bunuh oleh salah seorang ahli keluarga sendiri dan slps kejadian pelaku mengatakan dia di datangi kuasa halus yg membisikkan sesuatu agar mereka melakukan perbuatan tersebut.

Mungkin ader kebenarannya. Krn seorang anak tidak akan tergamak utk menikam bapa sampai mati dan abangnya sehingga koma. Ttp hanya dia shj yg tau apa yg dia dgr dr bisikan tersebut. Kita hanya mampu berserah krn Allah sahaja yang Maha Mengetahui setiap apa yg berlaku.

Ttp kita tidak menolak mungkin jgk remaja tersebut lalok krn bertindak di bawah pengaruh dadah. Jika di lihat pada hari ini, remaja boleh bertindak ganas sekiranya keinginannya tidak di penuhi. Jadi saya bkn menuduh pelaku tersebut, tetapi sy menjangkakan kemungkinan tersebut pasti wujud memandangkan remaja mudah terjebak dlm kegiatan penagihan dadah.

Dengan melibatkan sesuatu yg ghaib cuba mempengaruhinya pasti akan menjadikan kedua2 kes ini amat rumit di selesaikan. Samada ini adalah helah atau benar2 berlaku kita tidak dpt pastikan. Yang pasti masyarakat dan mahkamah tidak akan mudah terpengaruh dgn keadaan ini. Siasatan terperinci harus di buat utk memastikan pelaku melakukan perbuatan tersebut di dalam keadaan sedar atau tidak.

Apapun yg dikatakan oleh pelaku di dalam kedua2 kes tersebut tidak akan memberikan apa-apa selagi siasatan belum siap. Dan mari la kita sama2 berdoa dan melakukan solat hajat sekiranya benar dakwaan ada kuasa jahat yg cuba merasuk umat islam utk bertindak melakukan perbuatan yg di luar kewarasan normal. Dan sekiranya dakwaan mereka tidak benar, permudahkan lah tugas polis utk menjalankan siasatan agar pelaku di hukum dgn hukuman yg paling berat.

  • Share/Bookmark

Remaja Tikam Bapa Dan Abang

Seorang remaja telah menikam ayah kandung dan abangnya di Kg. Duyung, Terengganu awal pagi semalam. Akibat dari kejadian itu, bapa remaja tersebut meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami pendarahan yg serius di perut dan abangnya parah akibat di tikam di dada dan sedang di rawat di HSNZ, Kuala Terengganu.

Menurut ibu remaja tersebut, anaknya memberitahu bahawa dia telah di rasuk dan dia mendengar satu bisikan suara agar melakukan perbuatan tersebut.  Ttp pihak polis menggangap itu semua sbg cerita rekaan semata2 dan remaja tersebut telah di tahan utk di buat ujian air kencing…

  • Share/Bookmark

Tragedi Bas Ekspress, 10 Terbunuh

Salam..

Kita telah dikejutkan dgn berita bas ekspress 2 tingkat sani ekspress yg telah hilang kawalan dan telah melanggar penghadang jalan di KM 272.8 Lebuhraya Utara – Selatan awal pagi td yg telah mengorbankan 10 nyawa.

Lebih menyayat hati kematian mereka amat tragis dgn kesan darah dan kulit masih melekat di penghadang jln tersebut dan yg paling sedih adalah ahli keluarga mangsa yg terbunuh. Mereka seakan2 tidak dpt menerima tragedi yg telah meragut nyawa org yg mereka sayang.

Setelah berlakunya tragedi spt ini pemandu bas harus di persalahkan.  Sy tidak menentang takdir Allah s.w.t. Tetapi, yang sepatutnya pemandu bas tersebut perlu berhati2 ketika memandu memandangkan mereka membawa puluhan nyawa.  Sudah menjadi tanggungjawab dia membawa penumpang selamat sampai ke destinasi mereka.  Tetapi lain pula jadinya. Yang menjadi persoalan skrg ialah kenapa pemandu tersebut boleh terlelap sedangkan dia baru membuat pertukaran dgn pemandu yg sebelumnya? Jawapannya hanya pemandu bas itu shj yg tau.

Tragedi ini mengingatkan kita kpd beberapa peristiwa kemalangan ngeri bas ekspress beberapa thn yg lalu spt di Merapuh, Kuala Lipis  yg mengorbankan 13 nyawa. Tragedi menyayat hati slps umat Islam menyambut aildilfitri dan tragedi bas terbabas ke dlm gaung di Bukit Gantang yg mengorbankan 20 penumpang.

Saya berhrp agar pengusaha-pengusaha syarikat bas slps ini harus bertindak dgn cepat. Kenalpasti pemandu-pemandu mereka yg betul2 layak utk menjadi pemandu bas.

Sblm sy berhenti, mari lah kita sama2 sedekahkan al-fatihah kpd mangsa2 yg tlh meninggal dunia dan kita doakan roh mereka di cucuri rahmat.. Amin.

sekian, Wassalam

Berita lanjut di Berita Harian

  • Share/Bookmark

Rempit Tiada Penyelesaiannya

Seperti yg kita tau masalah rempit tidak dpt di bendung lg. Mahupun pihak berkuasa, masyarakat ataupun ibubapa. Saya sengaja menulis artikel ini utk membangkitkan kesedaran kita yg budaya ini harus di tangani dgn segera.

Sedar tak sedar kita sdh hampir utk memasuki tahun baru 2010. Dan lg setahun kita hanya mampu membaca dan melihat setiap hari ada saja berita kematian mat rempit di skrin tv atau di dada akhbar. Tiada apa-apa yg mampu kita lakukan. Pihak berkuasa pun tidak mampu membendung masalah ini.

Pd sy org yg mampu membendung mslh ini ialah ibubapa dan keluarga. Krn mereka lbh dekat dgn golongan ini. Sebenarnya golongan mat rempit ini adalah golongan remaja yg msh lg bersekolah dan baru abis sekolah. Mereka ini hanya memikirkan keseronokan. Pd mereka apa yg mereka lakukan adalah sesuatu yg mereka cukup banggakan.

Di sinilah ibubapa dan keluarga mereka harus memegang peranan yg penting. Golongan remaja seperti ini harus di kawal dan sentiasa diawasi selalu dimana mereka berada dan dgn siapa mereka berkawan.

Ingatlah sebelum terlambat. Kerana yang pergi tidak akan kembali. Jgn biarkan anak2 dan ahli keluarga kita mati di jalanraya akibat merempit. Cegah sebelum parah.

Wassalam.

  • Share/Bookmark
Return top