About Me
- By admin
Assalamualaikum…
Mohd Kamaruzaman Bin Hj. Awang merupakan seorang anak jati Terengganu. Saya telah menamatkan pembelajaran di sebuah kolej swasta pada tahun 1999 hanya di peringkat sijil sahaja. Bukan kerana tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma atau ijazah. Cuma di sebabkan minat untuk berniaga di usia muda telah membuatkan saya melupakan terus pelajaran.
Di saat rakan-rakan seperjuangan lain bertungkus lumus belajar untuk mendapat segengam diploma, saya berusaha mengejar impian untuk menjadi usahawan di usia muda. Saya membuka perniagaan menjual dan membaiki komputer bersama-sama 3 orang rakan. Walaupun menyedari saya tiada kemahiran dalam bidang komputer, tetapi saya nekad di atas semangat yang ada. Akan tetapi apa yang di harapkan tidak selalu menjadi kenyataan. Perniagaan yang di bina akhirnya terpaksa gulung tikar di sebabkan pengalaman cetek kami di dalam bidang perniagaan.
Namun itu semua tidak mematahkan semangat saya walaupun rakan-rakan yang dulu sentiasa bersama saya telah berundur kerana tidak lagi sanggup menanggung risiko kerugian di dalam perniagaan. Lantas saya nekad untuk berhijrah ke Kelantan hampir 4 tahun untuk mencari pengalaman dan ilmu di dalam bidang komputer.
Setelah sekian lama berada di tempat orang saya balik semula ke Terengganu dengan azam yang baru untuk membuka sekali lagi perniagaan dalam bidang yang sama. Hampir 2 tahun perniagaan saya berjalan dengan lancar dan rezeki daripada tender-tender kerajaan membuatkan saya lebih bersemangat.
Pada tahun 2006, saya telah menamatkan zaman bujang saya dan berkahwin dengan seorang gadis yang juga berasal dari Terengganu. Namun saya tidak pernah terlepas daripada di datangi pelbagai dugaan terutamanya apabila isteri saya yang ketika itu sedang mengajar di Johor Bharu tidak dapat bertukar ke Terengganu. Dan dengan berat hati saya terpaksa menutup sekali lagi perniagaan yang saya bina sehabis keringat dan usaha sehingga menjadi syarikat yang di kenali ramai walaupun kecil. Memang keputusan ini mengejutkan ramai pihak termasuk keluarga saya sendiri. Tapi apakan daya saya. Keluarga adalah segala-galanya buat saya.
Saya berpindah ke Johor Bharu dengan harapan adanya peluang untuk saya memperluaskan minat saya di dalam bidang komputer. Saya nekad mencari kerja di serata pelosok tempat dan bangunan di bandar besar Johor Bharu. Namun semuanya sia-sia. Dengan tiadanya segulung sijil, maka harapan untuk bekerja dengan syarikat-syarikat besar nampak seperti sukar. Hanya sekadar pengalaman sahaja tidak mencukupi.
Hampir 1 bulan saya terpaksa menganggur di sana kerana tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Namun saya berusaha mencari kerja dan akhirnya dapat bekerja di sebuah syarikat komputer yang membekal dan membaiki komputer di jabatan-jabatan kerajaan. Namun saya mampu bertahan selama 2 bulan sahaja. Dengan gaji hanya RM 450.00 sebulan, apa mampu saya buat. Nak ‘topup’ minyak kereta pun tak mampu.
Dan sekali lagi saya menganggur. Kali ini lebih kurang 6 bulan saya hidup tertekan kerana tidak mempunyai pekerjaan. Akhirnya terlintas di fikiran saya untuk membuat iklan menyediakan perkhidmatan membaiki komputer dan saya tampalkan iklan dan edarkan pamplet di sekitar yang berdekatan dengan rumah saya. Alhamdulillah usaha saya berjaya. Ada jugak insan yang sudi menggunakan khidmat saya walaupun banyak kedai-kedai komputer yang besar di luar sana. Dapat juga saya jana pendapatan hanya duduk di rumah. Setiap bulan saya dapat la sekitar RM 500. Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk menjalan bisnes sendiri walaupun secara kecil-kecilan di rumah.
Namun hidup di bandar besar seperti Johor Bharu memerlukan wang yang banyak. Di tambah pulak saya telah di kurniakan seorang cahaya mata lelaki setelah setahun berkahwin. Dan di ketika itu saya terpaksa keluar sekali lagi untuk mencari kerja dan Allah itu Maha Pemurah saya di terima bekerja di Malaysia Marine And Heavy Engineering (MMHE) Pasir Gudang sebagai Quality Control (Q.C). Walaupun tiada pengalaman langsung tentang kerja-kerja di bidang oil & gas, saya tetap di terima. Tiada apa yang mengembirakan saya apabila mendapat pekerjaan yang bagus dan gaji yang cukup-cukup besar. Saya bersyukur dengan rezeki yang Allah s.w.t kurniakan dan di ketika itu saya merasakan rezeki itu untuk anak saya.
Hampir 2 tahun saya bekerja di MMHE, akhirnya isteri saya dapat di tukarkan ke Terengganu. Di ketika itu, hati berbelah bagi samada balik ke Terengganu atau tinggal saja di Johor. Tapi apakan daya, di sebabkan isteri dan anak saya terpaksa mengikut mereka balik ke Terengganu dengan harapan adanya peluang baru di negeri sendiri untuk saya.
Tahun pertama di terengganu saya rasakan hidup cukup tertekan kerana tiada pekerjaan tetap. Kadang-kadang terfikir,
“kalau bisnes komputer dulu belum di tutup alangkah beruntungnya aku”
Tapi itu semua sudah lepas. Dan saya sedar untuk terus merancang kehidupan keluarga saya untuk hari-hari mendatang saya perlu kuat dan bijak mencari peluang. Saya mula menceburkan diri dalam bidang pembinaan bangunan. Setelah setahun saya terlibat di dalam bidang ini, saya sedar akan kemampuan kewangan dan pengalaman saya tidak mengizinkan saya untuk duduk begitu lama di dalam bidang ini.
Justeru itu, saya mengambil keputusan yang sememangnya sukar.
Sukar kerana terpaksa bekerja di bawah panas terik matahari, bergelumang dengan selut dan setiap hari menyarung pakaian yang kotor. Saya nekad untuk terjun ke bidang yang tidak pernah saya terfikir selama ini iaitu menjadi usahawan tani. Dan hari ini, saya telah berjaya menjalankan projek ladang sayur saya sendiri dan bercita-cita menjadi pembekal hasil tani dari ladang dan merupakan pemborong terbesar di Terengganu suatu masa akan datang.
Insya Allah….
Hari ini saya berpegang pada satu prinsip yang saya ilhamkan dari perjalanan hidup saya iaitu,
“KEJAYAAN TIDAK AKAN DATANG TANPA USAHA DAN DOA DAN IANYA JUGA TIDAK AKAN MANIS SEKIRANYA TIDAK DATANG DARI KEGAGALAN”
Sekian, Wassalamualaikum..






Salam bro.. jual batik dalam ebay.com / .co.uk. I’ve done it before, it is a waste you are surrounded by those nice kaftan / batik blouse but you don’t take the advantage.
p/s – dulu saya menetap di Chendering 2005 – 2007
boleh jalan ke jual batik dlm ebay? Tp boleh jgk try market. Agak menarik.