Erti Hidup Seorang Penagih Dadah
- July 20th, 2010
- By admin
- Write comment
Bila kita berbicara tentang matlamat hidup seorang penagih dadah atau lebih senang kita panggil ‘Mat Gian’ memang kita tidak mendapat jawapannya. Sebab segala persoalan mengenai kehidupan gelap mereka dalam dunia penagihan dadah hanya mereka sahaja yang dapat memberi jawapan.
Pada mereka kehidupan yang mereka lalui sekarang semuanya mudah. Lebih2 lagi apabila mereka ada duit. Seolah2 dunia ini hanya milik mereka seorang. Hidup sentiasa di awan-awangan.
Tidakkah mereka takut kepada mati?
Jika mendekati mereka kita akan tahu apa perasaan penagih najis dadah ini apabila ramai rakan mereka mati kerana mengikut jalan yang salah. Mereka sebenarnya takut kepada mati. Hampir setiap hari mereka mendengar dan melihat samada di akhbar atau televisyen berapa ramai penagih dadah maut kerana menghidap penyakit HIV/AIDS. Ada juga yang kehilangan rakan2 penagih mereka kerana penyakit yang sama. Tapi apa yang boleh mereka lakukan? Mereka tetap juga menjadi penagih dadah. Berkongsi jarum sesama sendiri. Kerana kuatnya ‘hantu dadah’ yang menguasai mereka membuatkan mereka tidak kuat untuk melawan daripada menjadi hamba najis dadah.
Mereka ibarat sampah di sisi masyarakat. Bagi mereka walau apa pun yang mereka lakukan samada baik atau jahat, mereka tetap di hukum oleh masyarakat. Di sisih dan di hina hampir setiap hari. Mereka sanggup mencuri, meragut, mengugut semata2 untuk mendapatkan duit bagi membolehkan mereka membeli bekalan najis dadah.
Penjara, lokap dan pusat serenti ibarat rumah ke dua mereka. Kadang2 ada yang keluar pusat serenti tak sampai sebulan di tangkap balik oleh pihak polis kerana menagih dadah dan di sumbat balik ke sana. Mereka tidak pernah ada perasaan serik.
Kadang2 bila kita lihat mereka2 ini, tertanya juga di hati ini adakah mereka tidak pernah ada perasaan untuk berhenti dari menagih najis dadah? Hidup mereka seolah2 tiada makna lagi. Hanya menunggu mati sahaja. Kesian anak isteri yang mempunyai suami yang menjadi penagih dadah. Hidup tidak terurus seperti orang lain. Keperluan makan minum, pakaian tidak pernah di ambil tahu.
Anak2 terbiar tanpa di berikan sebarang pendidikan kerana tidak mampu dari segi kewangan. Sebab bapa mereka lebih sibuk untuk memenuhi tuntutan dirinya terlebih dahulu daripada keluarga. Isteri dan anak2 menjadi mangsa. Barangan berharga di dalam rumah habis di jual. Sampaikan tong gas pun di jual. Janji mereka dapat apa yang mereka ingini.
Saya pernah juga mendekati seorang penagih dadah yang sememangnya tegar. Di badannya sudah tiada tempat untuk di suntikkan jarum. Dia menyatakan niatnya untuk berhenti daripada menjadi hamba kepada najis dadah. Dia pernah berhenti sekejap suatu ketika dahulu. Tapi tidak bertahan lama kerana sentiasa di datangi pelbagai bayangan yang menakutkan membuatkan dia mengulangi perbuatannya. Akibatnya dia tidak mampu untuk bangun berjalan kerana tulang-tulangnya sudah tidak kuat.
Setelah di amati daripada cerita ini, dapat dibuat kesimpulan bahawa setiap penagih dadah tidak akan dapat meninggalkan najis dadah kerana iman mereka sudah tidak kuat. Mereka tiada kekuatan iman kerana mereka sudah jauh daripada melakukan segala suruhan Allah s.w.t. Maka mereka tetap akan terjerumus ke lembah hitam ini hingga ke akhir hayat mereka. Betapa derita dan merananya kehidupan seorang penagih dadah dek kerana pada mulanya mengikut nafsu ingin mencuba akhirnya membawa padah kepada diri sendiri.
Jika dapat kita fikir dan renungkan apakah seorang perokok tegar yang sampai ke hari ini tidak dapat meninggalkan tabiat buruk mereka sama seperti apa yang di alami oleh seorang penagih dadah? Pada pendapat saya, mereka tetap sama. Bezanya merokok tidak melanggar undang-undang kerana ianya tidak mengundang perbuatan bahaya dan menganggu kepada ketenteraman masyarakat. Dan tabiat merokok boleh di buang asalkan seorang perokok itu mempunyai azam dan kesungguhan untuk meninggalkan tabiat buruk tersebut.
SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN…..





