Sudah lama tak letak apa2 post dalam blog ni. Dah lama berhabuk :-) . Sementara menunggu perlawanan antara Argentina vs Mexico sekejap lagi elok juga saya memperkatakan ttg bahang World Cup dan Liga Malaysia.

Semenjak piala dunia berlangsung, seluruh peminat2 bolasepak seakan2 melupakan liga malaysia yang juga sedang rancak berlangsung. Kalau dapat kita lihat stadium di beberapa venue pertandingan liga malaysia tidak lagi di penuhi oleh peminat2 bola sepak tempatan. Sebaliknya, kita dapat lihat di kedai2 kopi, restoran dan kafe menjadi tumpuan peminat2 bolasepak yang ingin menyaksikan perlawanan bolasepak piala dunia.

Kesian persatuan.. Tiket yang di jual tidak mendapat sambutan yang menggalakkan.

Biasanya jika ada perlawanan liga malaysia, pasti stadium akan di penuhi penonton paling kurang pun separuh. Sekarang nak separuh pun susah.

Ini menunjukkan liga malaysia belum lagi dapat menandingi kehebatan pasukan2 yang bertanding di pentas akhir piala dunia.

Kenapa agaknya???

Sebab pemain2 liga malaysia kita tidak mempunyai mutu dan kualiti sebagai pemain profesional yang mampu memikat hati peminat2 bolasepak tanahair. Memang di akui pemain2 liga malaysia tidak dapat menandingi kehebatan pemain2 bolasepak dunia. Akan tetapi, jika tahap permainan dan kemahiran mereka bagus saya pasti peminat2 bolasepak kita akan memenuhi stadium walaupun pada masa yang sama piala dunia sedang berlangsung. Saya pasti ramai yang bersetuju dengan saya.

Tidak mustahil sekiranya mutu dan kualiti pemain2 kita bagus, Malaysia akan berada di pentas akhir kejohanan bolasepak piala dunia di suatu masa akan datang. Apa yang penting pemain2 kita harus membuang sikap pentingkan diri sendiri, ego, syok sendiri dan disiplin yang buruk. Sikap kerjasama dalam pasukan dan pengurusan di samping disiplin yang baik akan membawa nama Malaysia sebaris dengan pasukan Asia yang lain seperti Korea Selatan dan Jepun.

Kita tengok negara yang namanya kita tidak pernah dengar pun selama ni seperti Hoduras yang layak untuk bertanding di pentas akhir bolasepak piala dunia dan bersaing dengan gergasi bolasepak dunia.  Kita dapat melihat bagaimana Korea Utara yang baru pertama kali masuk ke pentas akhir telah menunjukkan prestasi yang cukup mengagumkan walaupun mereka tidak layak untuk ke pusingan kedua. Sekurang2nya mereka memberi tentang yang cukup hebat sebelum di tumbangkan.

Seluruh rakyat Malaysia mengharapkan pemain2 bolasepak malaysia dapat menanam azam dan semangat untuk beraksi di piala dunia. Mereka harus membuang sikap rendah diri dan takut bila memasuki apa2 kejohanan yang besar.

Cukup lah dulu saya berceloteh panjang mengenai bolasepak tempatan. Kadang2 saya macam dah mengarut banyak sangat.  Masa pun dah pukul 2.30 pagi. Bola pun dah start. Apa2 pun sokong lah bolasepak negara kita walaupun hambar.

sekian, wassalam…….

  • Share/Bookmark