Archive for April, 2010

Apabila Rasuah Bertukar Kepada Duit Kopi

Amalan rasuah di negara kita skrg tidak dpt lagi di bendung. Jenayah kolar putih yg melibatkan ramai penjawat2 awam kelas atasan. Tetapi amalan rasuah telah di tukar kpd duit kopi. Mmg enak di dengar. Sedikit pun tdk mencacatkan telinga dan halal di sisi agama. Ttp bg yg tau menilai halal haram, walau di panggil sbg ‘ duit sumbangan’ pun ianya tetap dianggap rasuah. Duit kopi dan rasuah adalah duit yg di berikan kpd org yg melakukan pekerjaan kpd kita sehingga lah pekerjaan itu siap.

Beza antara duit kopi dan rasuah ialah mereka yg menerima duit kopi ini tdk meletakkan berapa yg perlu di bayar utk kerja yg mereka lakukan, ttp rasuah pula lain. Mereka yg menerima rasuah telah menetapkan berapa nilai yg perlu di bayar utk kerja yg mereka berjaya lakukan.

Orang-orang yg memberi rasuah merupakan org2 yg terdesak ingin mencapai atau mendapatkan sesuatu. Manakala org2 yg menerima rasuah merupakan mereka yg kebanyakkannya para cerdik pandai.

Mereka2 yg terdesak menginginkan sesuatu sanggup memberi rasuah kpd pegawai2 yg mempunyai pangkat dan kedudukan bagi memudahkan urusan mereka. Amalan rasuah yg paling ketara sekali berlaku pada hari ini di dalam bidang pembinaan. Berapa ramai kontraktor yg sanggup menghabiskan berpuluh-puluh ribu ringgit utk memberi suapan kpd pengarah2 hanya utk mendapatkan satu projek yg bernilai ratusan ribu ringgit. Ada jugak yg sanggup menghabiskan ratusan ribu ringgit utk mendapatkan satu projek mega bernilai jutaan ringgit yg keuntungannya sampai 2-3 tahun mereka makan tak abis.

Begitu juga bagi mereka yg ingin mendapatkan pekerjaan dalam sektor kerajaan pun sama. Mereka sanggup menghabiskan ratusan atau ribuan ringgit dgn memberi rasuah kpd pegawai2 atasan. Janji mereka dapat kerja yg mungkin gajinya baru 2-3 ribu sebulan. Kalau kerja di sektor swasta pun mungkin dpt gaji yg lbh besar. Tp bg mereka, bkn itu yg mereka inginkan. Yg mereka inginkan ialah jaminan utk mereka di hari tua nanti iaitu pencen.

Kenapa amalan rasuah ini terjadi?

Kerana keinginan, tamak dan peluang. Bagi mereka yg memberi rasuah, mungkin dosa atau pahala sudah tidak penting bagi mereka. Keinginan terhadap sesuatu membuatkan mereka sanggup berbuat demikian.

Bagaimana pula individu2 yg menerima rasuah?

Sebenarnya mereka2 yg sentiasa menerima rasuah mempunyai keinginan yg tinggi. Mereka ingin hidup mewah walaupun mereka tak mampu. Setiap keinginan mereka penuhi. Seperti memiliki kereta mewah, rumah besar dan melancong ke merata2 tempat samada dlm negeri atau luar negeri.

Sikap tamak menjadikan seseorang yg tidak mempunyai iman yg kuat akan goyah utk menolak bila mana ada individu yg ingin memberinya rasuah. Sikap manusia yg sentiasa tidak pernah cukup dgn apa yg ada. Menerima rasuah sekiranya ada peluang yg terhidang di depan mata.

Rata2 yg memberi dan menerima rasuah adalah di kalangan masyarakat melayu. Betapa lemahnya iman di dalam diri masyarakat melayu kita hari ini sehinggakan mereka sanggup menggadaikan maruah dgn mengamalkan amalan rasuah. Iman yg lemah membuatkan mereka tidak dapat menilai mana yg haram dan mana yg halal. Mereka sanggup memberi hasil yg haram utk di makan oleh ahli keluarga mereka. Ahh.. Betapa kejamnya bapa atau suami yg memberi anak dan isteri mkn benda2 haram sedangkan mereka tidak mengetahuinya.

Walaupun di zaman kecil kita di didik oleh ibubapa kita agar patuh kpd suruhan dan ajaran agama islam. Ttp setelah bekerja dan menjadi pegawai atasan ramai di antara kita sudah lalai dgn suruhan dan ajaran agama dgn menerima rasuah. Kerana kedudukan dan pangkat yg tinggi, ramai yg menjadikannya sbg satu peluang besar yg tdk patut di lepaskan. Apabila kuasa yg diberikan kpd kita sbg seorang yg di percayai dpt di beli dgn wang ringgit. Maka kita tlh mencemarkan kepercayaan yg telah di berikan.

Renung lah sejenak, betapa ramai org di luar sana yg telah di aniayai oleh penjenayah2 kolar putih ini yg rata2 terdiri daripada pegawai2 atasan. Kita dpt lihat hari ini, kenapa byk bangunan2 yg telah runtuh samada ketika di dalam pembinaan atau selepas dan berapa ramai pekerja-pekerja sektor awam yg makan gaji buta dan tdk tahu buat satu apa kerja pun. jawapannya cukup senang. Kerana mereka ini sememangnya tidak layak. Di harap SPRM dpt membanteras gejala amalan rasuah di kalangan penjawat awam kelas tinggi. Beri lah peluang kpd mereka2 yg betul layak utk memimpin jabatan dan bersih daripada amalan yg jijik dan kotor ini.

wassalam..

  • Share/Bookmark

Perginya Permata Seni Tanahair

Sejak kebelakangan ini kita di kejutkan dgn berita kematian beberapa org artis atau selebriti tanahair kita. Kematian mereka tanpa tanda2 atau isyarat langsung.

Kita di kejutkan dgn kematian Allahyarhamah Yani Mentor yang mengidap barah dan juga Allahyarham Din Beramboi. Kedua2nya terlantar di hospital hanya beberapa hari dan terus di jemput mengadap Ilahi. Dan yg terbaru ialah berita kematian Achik Spin yg terlibat dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) lebih kurang jam 6 petang 17hb April yg lalu selepas menjalani satu program hiburan, Gah 1di RTM bersama Nana.

Di ketika mereka sedang sihat walafiat sepertimana yg dpt kita lihat di dalam beberapa program di kaca televisyen. Seperti Allahyarham Din Beramboi yg baru sahaja habis mengadili satu program di Astro Prima iaitu program Raja Lawak 4.

Masih terbayang lagi lawak2 gila dan spontan beliau bersama Afdlin Shauki dan Bob Lokman. Ramai rakan2 seni dan peminatnya merasa sedih di atas kehilangannya di dalam dunia seni tanahair. Kehilangan yg besar di saat nama beliau sedang meningkat popular.

Begitu juga dgn Achik Spin. Walaupun popularitinya tdk sehebat dulu lg, tetapi lagu-lagunya  bersama dgn Nana sentiasa menjadi kegilaan remaja2 di luar sana. Achik pergi meninggal seorang isteri beserta seorang anak perempuan. Pemergiannya ke Rahmatullah  amat mengejutkan ramai pihak terutamanya rakan2 artis dan peminatnya. Kemalangan yg menimpa dirinya amat ngeri krn dia tercampak keluar sebelum kenderaan yg di naikinya terbakar dan meletup.

Saya ingin merakamkan salam takziah kepada keluarga mereka. Mari lah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah untuk mereka dan kita doakan semoga roh mereka di cucuri rahmat daripada Allah s.w.t dan ditempatkan di sisi org2 yg beriman.

Amin.

  • Share/Bookmark
Return top