Archive for February, 2010

Manusia Berhati Syaitan

Sedih bila tgk berita utama di dada akhbar pagi td bila seorg bayi lelaki yg baru di lahirkan tlh di bakar di dalam tong sampah. walaupun kita tidak tahu samada bayi tersebut di bakar hidup2 atau sdh meninggal dunia, ttp manusia yg melakukan perbuatan kejam tersebut mmg syaitan yg bertopengkan manusia.

Tak dpt kita bayangkan betapa seksanya bayi tersebut bila di bakar sebegitu rupa. Tidakkah manusia yg melakukan perbuatan ini mempunyai sekelumit perasaan kesian dan kasih kpd bayi yg baru lahir ke dunia ini. Mengapa di perlakukan sebegitu rupa? Bayi tersebut tidak membuat apa2 dosa kpd kita. Mereka ibarat kain kapas. Putih dan bersih daripada segala dosa.

Di sebabkan tidak mempunyai iman yg kukuh, mengalakkan segelintir di kalangan kita melakukan maksiat dan zina. Maka lahir lah seorang insan yg tidak berdosa hasil drpd perbuatan haram “manusia syaitan” yg tau mencari kenikmatan dunia shj. Akibatnya bila insan yg tidak di undang oleh “manusia syaitan” ini lahir ke dunia mereka bunuh dgn kejam.

Sy berharap dan menggesa pihak berkuasa mengambil serius kes ini dan heret penjenayah ini ke muka pengadilan dan di beri hukuman yg paling berat agar menjadi iktibar dan pengajaran kpd kita semua.

  • Share/Bookmark

Antara Halusinasi Dan Lalok..

Suka2 je sy letak tajuk utk entri ni (he3).. tak tau nak letak apa. Tp saya rasa itu yg paling sesuai utk kes seorang remaja menikam bapa dan abang kandungnya. Dua kejadian yg serupa berlaku dlm jangka masa 2 bln. Satu di Bahau N9, di mana 4 sekeluarga di bunuh  dan terbaru semalam 2 sekeluarga yg lain pula di bunuh di Kg. Duyung, Trg.

Kedua2 kes ini hampir sama kerana mangsa di bunuh oleh salah seorang ahli keluarga sendiri dan slps kejadian pelaku mengatakan dia di datangi kuasa halus yg membisikkan sesuatu agar mereka melakukan perbuatan tersebut.

Mungkin ader kebenarannya. Krn seorang anak tidak akan tergamak utk menikam bapa sampai mati dan abangnya sehingga koma. Ttp hanya dia shj yg tau apa yg dia dgr dr bisikan tersebut. Kita hanya mampu berserah krn Allah sahaja yang Maha Mengetahui setiap apa yg berlaku.

Ttp kita tidak menolak mungkin jgk remaja tersebut lalok krn bertindak di bawah pengaruh dadah. Jika di lihat pada hari ini, remaja boleh bertindak ganas sekiranya keinginannya tidak di penuhi. Jadi saya bkn menuduh pelaku tersebut, tetapi sy menjangkakan kemungkinan tersebut pasti wujud memandangkan remaja mudah terjebak dlm kegiatan penagihan dadah.

Dengan melibatkan sesuatu yg ghaib cuba mempengaruhinya pasti akan menjadikan kedua2 kes ini amat rumit di selesaikan. Samada ini adalah helah atau benar2 berlaku kita tidak dpt pastikan. Yang pasti masyarakat dan mahkamah tidak akan mudah terpengaruh dgn keadaan ini. Siasatan terperinci harus di buat utk memastikan pelaku melakukan perbuatan tersebut di dalam keadaan sedar atau tidak.

Apapun yg dikatakan oleh pelaku di dalam kedua2 kes tersebut tidak akan memberikan apa-apa selagi siasatan belum siap. Dan mari la kita sama2 berdoa dan melakukan solat hajat sekiranya benar dakwaan ada kuasa jahat yg cuba merasuk umat islam utk bertindak melakukan perbuatan yg di luar kewarasan normal. Dan sekiranya dakwaan mereka tidak benar, permudahkan lah tugas polis utk menjalankan siasatan agar pelaku di hukum dgn hukuman yg paling berat.

  • Share/Bookmark

Remaja Tikam Bapa Dan Abang

Seorang remaja telah menikam ayah kandung dan abangnya di Kg. Duyung, Terengganu awal pagi semalam. Akibat dari kejadian itu, bapa remaja tersebut meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami pendarahan yg serius di perut dan abangnya parah akibat di tikam di dada dan sedang di rawat di HSNZ, Kuala Terengganu.

Menurut ibu remaja tersebut, anaknya memberitahu bahawa dia telah di rasuk dan dia mendengar satu bisikan suara agar melakukan perbuatan tersebut.  Ttp pihak polis menggangap itu semua sbg cerita rekaan semata2 dan remaja tersebut telah di tahan utk di buat ujian air kencing…

  • Share/Bookmark

Pulihkan Remaja Kita

Entri kali ni sy rasa ader ssh la jgk. Bkn senang nak komen ibubapa yg dah mempunyai anak2 yg sedang meningkat dewasa.

Nak tak nak sy kena bgtau jgk. bagi motivasi skit (hehe). kita sdh melihat anak2 remaja skrg sdh jauh terpesong dgn pengaruh dan anasir yg tidak elok. Keinginan mereka cukup kuat utk mencuba sesuatu yg baru. Sebenarnya tidak salah mencuba benda baru tp biar yg boleh memberi faedah.

Dengan kawalan dan perhatian ibubapa yg kurang mereka dgn mudah boleh terjerumus di dalam kancah yg tidak sihat. Mereka telah didedahkan dgn gejala mat rempit, ponteng sekolah dan merokok. Tiga amalan yg tidak sihat sampai skrg belum dpt di tangani oleh ibubapa dan pelbagai pihak.

Tidak cukup dgn itu, mereka sudah mula berjinak2 dgn judi, hidu gam dan pil khayal. Kegiatan ini cukup2 membimbangkan kita semua. Ttp apakah tindakan ibubapa utk menangani masalah ini.

Sy tidak menunding jari kpd ibubapa semata2. Ttp dlm kes ini ibubapa adalah org yg perlu memainkan peranan utama dalam menentukan hala tuju anak2 mereka sblm org lain. Mereka harus peka dan tahu kemana anak2 mereka berada dan dgn siapa mereka berkawan. Di manakah anak2 keluar ketika ibubapa sedang nyenyak tidur di katil empuk? Sy rasa ramai yg tidak tahu.

Sy melihat ibubapa spt tidak mengambil tahu kemana anak2 mereka keluar di waktu malam. Di sebabkan sikap tidak ambil tahu mereka menyebabkan remaja ini mudah terjebak dgn kegiatan menghidu gam, berjudi, mencuri, memakan pil khayal dan pelbagai aktiviti jenayah.

Oleh itu, sy berharap ibubapa harus bertindak dari skrg utk mengawal pergerakan anak2 mereka. Jgn wujudkan pelbagai alasan. Krn remaja skrg harus di keutamaan agar boleh menjauhkan mereka dari melakukan perkara2 yg tidak elok. Jangan terlampau manjakan anak2 sehinggakan mereka tidak tau hendak bezakan mana perbuatan yg baik dan mana yg jahat. Didik dan kawal anak2 sblm mereka menjadi sampah masyarakat.

  • Share/Bookmark
Return top