Archive for January, 2010

Arsenal Tersungkur..

Untuk entri kali ni, sy cukup2 tak puas hati dgn kekalahan 3-1 Arsenal kpd Stoke City. Sy kecewa dan marah dgn percaturan Arsene Wenger yg menurunkan barisan simpanan utk menentang Stoke City.

Sebaliknya usaha keras pemain2 Stoke City akhirnya memberikan kemenangan kpd mereka. Arsenal terpaksa berhempas pulas utk menghasilkan gol. Tahniah harus di berikan kpd Denilson krn telah menjaringkan gol yg cantik hasil hantaran Fabregas.

Sepatutnya Wenger letakkan Eduardo, Arshavin dan Ramsey di dalam kesebelasan utama.  Sy rasa Arsene Wenger pasti merasa menyesal dgn percaturannya yg tidak menjadi. Sbg peminat setia Arsenal, sy tetap yakin Arsenal akan dpt memenangi Piala Liga.

  • Share/Bookmark

Khasiat Surah Al-Fatihah

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Barangsiapa membaca Surah Al-Fatihah, nescaya dikurniakan baginya pahala seperti pahala orang yang membaca tujuh kali Kitab Taurat, Injil, Quran , Suhuf Nabi Idris dan Nabi Ibrahim. Tiap-tiap satu huruf yang dibacakan itu di kurniakan kepadanya satu darjat di dalam syurga. Luas setiap darjat tersebut adalah jarak antara langit dan bumi.”

Berdasarkan sabda berikut boleh kita simpulkan bahawa Rasulullah s.a.w menggalakan kita sebagai umatnya agar selalu membaca Surah Al-Fatihah kerana terdapat byk kurniaan dan fadhilatnya.  Ada beberapa khasiat dan fadhilat di dalam surah Al-fatihah yg dpt sy kongsikan dengan semua. Semua khasiat  yg terdapat di dalam surah ini amat berguna utk kehidupan seharian kita.

1. Penawar segala penyakit

Bacakanlah surah ini sebanyak 40 kali pada sebekas air. Kemudian disapukanlah pada muka, telapak tangan dan      kaki serta seluruh tubuhpesakit. Khususnya orang yg mengalami demam panas. Insya allah afiat.

2. Untuk menghilangkan kesakitan

Bacalah surah ini sebanyak tiga kali ke atas tempat yang sakit berserta dengan doa.

Doa yang bermaksud:

“Ya Allah! Sembuhkanlah kerana Engkaulah penyembuh Ya Allah! Cukupkan lah kerana Engkaulah yang mencukupkan, Ya Allah! Afiatkanlah kerana Engkaulah yang mengafiatkan. Lepaskan kemudaratan ini”

Sentiasa Amalkan. Insya Allah, mudarat dan sembuhlah penyakit tersebut.

Bersambung….

  • Share/Bookmark
Return top