Tragedi Bas Ekspress, 10 Terbunuh
- December 27th, 2009
- By admin
- Write comment
Salam..
Kita telah dikejutkan dgn berita bas ekspress 2 tingkat sani ekspress yg telah hilang kawalan dan telah melanggar penghadang jalan di KM 272.8 Lebuhraya Utara – Selatan awal pagi td yg telah mengorbankan 10 nyawa.
Lebih menyayat hati kematian mereka amat tragis dgn kesan darah dan kulit masih melekat di penghadang jln tersebut dan yg paling sedih adalah ahli keluarga mangsa yg terbunuh. Mereka seakan2 tidak dpt menerima tragedi yg telah meragut nyawa org yg mereka sayang.
Setelah berlakunya tragedi spt ini pemandu bas harus di persalahkan. Sy tidak menentang takdir Allah s.w.t. Tetapi, yang sepatutnya pemandu bas tersebut perlu berhati2 ketika memandu memandangkan mereka membawa puluhan nyawa. Sudah menjadi tanggungjawab dia membawa penumpang selamat sampai ke destinasi mereka. Tetapi lain pula jadinya. Yang menjadi persoalan skrg ialah kenapa pemandu tersebut boleh terlelap sedangkan dia baru membuat pertukaran dgn pemandu yg sebelumnya? Jawapannya hanya pemandu bas itu shj yg tau.
Tragedi ini mengingatkan kita kpd beberapa peristiwa kemalangan ngeri bas ekspress beberapa thn yg lalu spt di Merapuh, Kuala Lipis yg mengorbankan 13 nyawa. Tragedi menyayat hati slps umat Islam menyambut aildilfitri dan tragedi bas terbabas ke dlm gaung di Bukit Gantang yg mengorbankan 20 penumpang.
Saya berhrp agar pengusaha-pengusaha syarikat bas slps ini harus bertindak dgn cepat. Kenalpasti pemandu-pemandu mereka yg betul2 layak utk menjadi pemandu bas.
Sblm sy berhenti, mari lah kita sama2 sedekahkan al-fatihah kpd mangsa2 yg tlh meninggal dunia dan kita doakan roh mereka di cucuri rahmat.. Amin.
sekian, Wassalam
Berita lanjut di Berita Harian





